Borak-borak

Pengguna shoutbox ini dinasihatkan menggunakan 'Nickname' sendiri. Hormati 'Privacy' dan 'Nickname' rakan lain. Harap kerjasama.
Free chat widget @ ShoutMix Limited to 60 posts/hour.

Siri tajaan Kopi Aik Cheong ini merupakan episod pertama kepada "Bila Mountain Biker Memasak".

Jika anda membaca blog ini, seharusnya 90% dari anda sudah punya basikal. Kalau tidak, apahal korang buat kat sini? Tidak kiralah apa cap & harga basikal, anda punya alasan sendiri untuk membeli & menghabiskan duit untuknya tak cukup2.

Ada orang beli basikal utk kayuh supaya mampu mengempiskan perut walau akhirnya terpaksa akur, ianya sia2 sahaja. Perut tetap single pack! Ada yang beli basikal utk terjun tiruk beberapa kaki sambil mematahkan tulang sendiri dengan harapan mendapat gentian titanium supaya lebih 'bling'. Ada yg beli basikal paling ringan di dunia utk pusing steroid hill 10 kali dan berasa hebat melakukannya walaupun tidak layak utk ke Olimpik! Ada juga yang membeli basikal utk cuba2 kayuh dan lompat kecil2lan sekadar menguji ketahanan lutut sendiri menghadapi luka2 ringan yg memedihkan. Akhirnya mereka mula menggunakan pad (pad adalah aksesori kaum hawa ketika masa tuuttt...).

Tapi itu semua trend lama yg sudah usang. Kini ada cara baru utk berbasikal supaya lebih bermakna, iaitu sebagai "Pemanas Badan Sebelum Memasak"!

AMARAN! Jika cara baru ini bukan utk anda kerana anda minat trend sebelum ini, sila tutup blog ini sekarang. Anda mungkin akan muntah atau rasa menyampah melihatnya. Amaran sudah kuberikan.

Destinasi Memasak Tanjung Malim

Tiada yg lebih nikmat utk melakukannya selain di Tanjung Malim. Tanjung Malim punya sungai yg panjang & best. Best utk mempraktikkan cara yg hebat menjunjung basikal & dapur masak melaluinya.



















Singletrack Babi Betul!

Dulu laluan ini adalah exit, tapi sudah di tukar kepada laluan masuk. Kenapa babi betul? Sebab memang babi betul! Banyak tanah berlubang di sodok hidung babi yg terbuka itu utk mencari cacing. Ada juga kejadian rider berkayuh sambil diiringi anak babi di sebelahnya.







Nak jadi cerita, elok aku keluar dari track ini bersama chef AO, seekor babi sebesar guni beras telah 'sprint' melintasi jalan. Berhabuk laluan itu seperti baru dilanggar downhiller macam dalam video DH di pinkbike.com! Babi Betul! Padahal seberang laluan tu ada bukit, bermakna babi itu sprint & climb bukit itu dgn jayanya. HEBAT!!!







Junjunglah Basikal Dengan Gaya Tersendiri

Kau orang lihat gambar dibawah. Ini teknik menjunjung yg lazim dilakukan oleh rider All Mountain di Eropah. Kini telah dipraktikkan dengan jayanya di Tanjung Malim. Buat macam ini lebih stabil utk melalui arus asmara. Tapi jangan tonggeng kebelakang, boleh hanyut sekali dengan basikal.



Sekarang tengoklah berbagai2 teknik lain yg biasa dilakukan di Malaysia. Ia berbeza mengikut saiz/berat basikal & tinggi rendah, tebal nipis rider. Lu pikirlah sendiri.











TIPS: Tidak kira berapa berat basikal anda, jika terdapat jurugambar mengambil gambar, senyumlah. Anda akan nampak seperti org kuat secara automatik!

Aksi Lompat & Luka2 Ringan

Tidak sah jika tiada kegiatan ini walaupun itu trend dulu2 namun masih popular hingga kini. Kenapa buat begini? Utk ambil gambar & nampak macho! Tiada yg lebih macho dari gambar bersama basikal dengan kedua2 roda berada di udara! Juga tiada yg lebih macho selain bergambar sambil menunjukkan luka2 darah kerana nampak lebih jantan dari lelaki. Berita buruknya, aku tersalah setting kamera aku (flash tarak, muka rider jadi hitam hehehe) & termiss byk aksi.









Bersantai, Basuh Baju & Kasut Sebelum Memasak

Setelah berkayuh & berlakon di dua sungai, satu bonggol lompatan & 3 jarak kayuhan, akhirnya sampailah di destinasi memasak. Kayuh tidak seberapa, baru 3km. Tapi biarlah lepak seperti baru habis race. Minyak mahal utk sampai ke sini, layan puas2 sambil selanjutnya melakukan persiapan pra-memasak! Saksikan juga aksi2 ala "LOST" para peserta.





























Seterusnya Episod 2 - "Resepi & cara memasak dengan betul kelolaan Chef AO" akan muncul sebentar lagi. Jika tidak muncul, sila tunggu sebentar lagi. Begitulah seterusnya sehingga muncul.
Bila Mountain Biker Memasak
3:53:00 PM | Author: Admin
Bakal terbit! Sebuah rancangan menyayat hati, "Bila Mountain Biker Memasak". Rancangan ini akan ditaja oleh Kopi Cap Aik Cheong guna cawan Nescafe.

Iklan ini ditaja oleh Kopi Cap Aik Cheong



Rasalah Kopi Cap Aik Cheong. Harum, rangup(rangup?), semerbak harumnya. Lebih nikmat dinikmati di tepi sungai selepas mengayuh & menjunjung basikal.

Mari Memasak bersama Chef AO



Sudut memasak bersama Mountain Biker akan dikendalikan oleh Chef AO dengan kerjasama warga TMBikers & ROP beserta tetamu jemputan dari Ampang.

Rancangan akan diterbitkan dalam 3 episod:

Episod 1 - Kayuhan memanas badan sebelum memasak
Episod 2 - Resepi & cara memasak dengan betul kelolaan Chef AO
Episod 3 - Video aksi2 menyayat hati semua peserta


Semua acara ini telah dirakamkan di Tanjung Malim pada 17 Ogos yang lalu bersempena lawatan kerja ROP ke sana. Jadi, tunggulah kemunculan episod pertama yang bakal muncul tidak lama lagi.

Jika tidak muncul, sila tunggu lagi sehingga muncul. Begitulah seterusnya. Selamat berhujung minggu.
12:19:00 PM | Author: hait_san
Title : "Fun Ride & Picnic" Tanjung Malim (with The TM Bikers)
Date : 17 August 2008
Location : Start/Finish at Bernam Heritage Resort
Time : 9.00am
Average Distance : 10km (kalo tak silap)

Tanggal 17 Ogos 2008,
Kayuhan Bersekutu TM Bikers, Republic Of Puchong & Yan Brothers telah dilangsungkan di Tanjung Malim yang bertemakan "Fun ride & picnic" telah berjalan dengan jayanya. Lebih kurang dalam 30 riders mengambil bahagian kali ini. Flag Off seawal jam 9.30am yang bermula dari Bernam Heritage Resort terus menuju ke trail yang telah dirancang. Permulaan kayuhan melalui camp site dan seterusnya melalui single trail yang agak berlalang dan penuh jurai-jurayan. Disebelah kiri trail terdapat aliran anak sungai yang membisikan ketenangan sepanjang laluan.

Seterusnya, selepas berehat seketika kayuhan di teruskan dengan pendakian-pendakian ringan sehinggalah sampai ke tebing sungai. Setelah habis menarik powerstick masing-masing semua riders menyeberangi sungai sambil muka berkerut. Jarang junjung basikal beb...

Kemudian kayuhan diteruskan dengan pendakian yang agak menegak dan licin. Ramai berjaya mendaki dan ramai juga berjaya menolak naik basikal masing-masing. Selesai pendakian rider dapat merasai sedikit downhill menuju ke tebing sungai... sekali lagi jumpa sungai.

Oleh kerana lokasi perkelahan hanya selepas menyeberang sungai, ramai riders mengambil keputusan untuk mencuba bakat membuat lompatan-lompatan nakal sekitar tebing. Ramai yang berjaya... ramai juga yang berjaya luka....

Sekali lagi arus sungai yang deras diseberangi... rasa sejuk & udara nyaman dirasai.. memang best! Sampai lokasi perkelahan masing-masing mengeluarkan bekalan makanan dan bermulalah acara masak-memasak, borak-berborak & hisap-menghisap...huhuu.. Quartermaster pada hari itu ialah Bro Enul & Bro A/O... dibantu oleh Bro Al-Bob, Don, Cik Mat, lecturer & lain-lain. Menu menarik lagi da bomb...Talapia merah bakar, Nasi putih, Ikan masak asam, Sardin cili api, kerang rebus/bakar, roti bersalut telur, buah-buahan, biskut, maggi tomyam & macam-macam lagi.

Selesai makan ada yang mengambil kesempatan mandi-manda, berborak tentang basikal dan
cerita-cerita kedai basikal paling murah... huhuuu... Dengan aliran sungai yang separa deras dan
bunyi-bunyian yang mengasyikkan dapatlah juga menenangkan jiwa para riders sebelum menempuh hari Isnin yang sarat dengan beban kerja.

Selesai membersihkan kawasan takluk, Rombongan riders terus menuju ke laluan trail yang menyajikan pendakian-pendakian gersang yang agak panas cuacanyer. Kemudian melalui downhill yang agak mengujakan dan memerlukan fokus yang lebih. Nyaris juga Farid bertumpu dengan aku.. huhuuu... Memasuki ladang getah yang agak panjang sambil melayan dakian-dakian kecil sehinggalah menuju lorong keluar ke tarmac. Kayuhan tarmac melalui kawasan campsite & dusun-dusun durian amat mengujakan, lebih kurang dalam 2km sampai semula ke Bernam Heritage Resort (finishing)

Secara purata kayuhan bersekutu "Fun ride & Picnic" bawaan The TM Bikers kali ini memang
menyeronokkan. Jika kayuh seorang diri memang seronok.. kayuh berdua jadi 2 ronok... tapi bila kayuh beramai-ramai sudah menjadi beronok-ronok...

Ikhlasnyer... Terima Kasih buat The TM Bikers.. Bro A/O, Bro Al-Bob, Cik Mat, Bro Bakrie yang sudi melayan kami budak baru belajar sepanjang kayuhan kali ini. Tuan-tuan semua memang Best! best! Dengan harapan menggunung dapatlah kiranyer diadakan berkali-kali lagi selepas ini. Insyaallah sampai jumpa lagi!

Oleh kerana gambar terlalu banyak... kena click sini utk photo album
XC Mountain Bike Drop
1:46:00 PM | Author: Admin