Borak-borak

Pengguna shoutbox ini dinasihatkan menggunakan 'Nickname' sendiri. Hormati 'Privacy' dan 'Nickname' rakan lain. Harap kerjasama.
Free chat widget @ ShoutMix Limited to 60 posts/hour.

KeNaNg DakU DaLAm DoA Mu
5:31:00 PM | Author: hait_san

KENANG DAKU DALAM DOA MU..

BANDAR EQUINE, SRI KEMBANGAN.
SELURUH WARGA KAYUHAN R.O.P & SEKUTUNYA BERSIMPATI DI ATAS KEHILANGAN JENTERA FUJI BIRU ENCIK FARIED. KISAH BERMULA APABILA ENCIK FARIED PULANG DARI MENGHADIRI MAJLIS JAMBOREE MELAKA PADA 26 OKTOBER 2008 YANG LALU. DI DALAM PERJALANAN MENUJU KEKAMPUNG ISTERINYA DI JOHOR BELIAU TELAH MENGALAMI PERISTIWA YANG AGAK MAGIC DAN BOLEH DIANGGAP PELIK DARI KOTAK PEMIKIRAN NORMA MANUSIA. DALAM KESAMARAN MALAM DAN CAHAYA NEON HIGHWAY YANG SAMAR-SAMAR BELIAU MERASAI ADA SESUATU YANG TIDAK KENA DENGAN PROTON WAJA YANG DI PANDUNYA. MENURUT BELIAU KELIBAT LEMBAGA YANG MENYERUPAI "RANGKA" BERTERBANGAN DI AWANG-AWANGAN. SEPANTAS KILAT BELIAU MENOLEH SAMBIL TERGANGA SEJENAK. PROTON WAJA YANG DI PANDU DI BERHENTIKAN DI BAHU HIGHWAY. TERASA SEJUK SELURUH ANGGOTA BADAN TAKKALA ANGIN MALAM DIBAWA LALU SEBUAH LORI KONTENA. KEMUDIAN BEBERAPA LAGI KENDERAAN BERLALU LAJU SAMBIL MENYEPAHKAN SERPIHAN-SERPIHAN JENTERA FUJI ENCIK FARIED. "YA ALLAH! BESKAL AKU!!!" JERIT ENCIK FARIED SAMBIL TERUS MASUK SEMULA KEDALAM PROTON WAJANYA DAN BERLALU PERGI. SEMASA MEMANDU SEDIKIT BERGENANG AIRMATANYA MENGENANGKAN JENTERA FUJINYA YANG TERSAYANG. HATINYA HANCUR LULUH, BARU SAHAJA MEMODIFIKASI BRAKE & RANTAI SEMPENA JAMBOREE MELAKA. BUKAN SAHAJA FUJI BIRUNYA YANG SUDAH R.I.P... THULE CARRIER, RACK & SEANGKATAN JUGA BERSEPAH DITENGAH HIGHWAY. APA YANG MENJADI TANDA TANYA KEPADA DIRI ENCIK FARIED & UNCLE SAM SELAKU MEKANIKNYA IALAH.. BAGAIMANAKAH THULE ROOF SET YANG SUDAH DI LOCK KEMAS BOLEH TERCABUT DARI SEGI EMPAT SISI BUMBUNG PROTON WAJA ENCIK FARIED. BRAND THULE, BUKAN BULI.. KULI.. SUGI.. DARI APA YANG DUKUN BASIKAL KATAKAN TEMPOHARI, MUNGKIN ADA ENTITI YANG TERSANGKUT DI HANDLEBAR FUJI ENCIK FARIED SEMASA BELIAU MELALUI KAWASAN PAGOH. JELASNYA LAGI KAWASAN SEKITAR HIGHWAY ITU KERAS. BILA DITANYA SEKALI LAGI KETERANGAN DUKUN TERSEBUT.. BELIAU HANYA TERSENYUM, BERDIRI DAN HANYA MAMPU BERKATA....















LU PIKIR LER SENDIRI !!!...... ASSALAMMUALAIKUM!!

This entry was posted on 5:31:00 PM and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

3 comments:

On November 7, 2008 at 1:49 AM , AO said...

adusss.... jika benarlah cerita ini... patik juga tumpang bersimpati...
tapi.. apa2 pun yang penting tuan punya basikal tu selamat...
duit boleh cari bai.. basikal boleh beli kalau ada rezeki... tapi keselamat diri... lebih penting dari segalanya...
apapun bersyukurlah kerana beliau masih selamat dan Insyaallah kalau ada rezeki beli beskal lain... buleh sambung ride semula...

 
On November 7, 2008 at 11:20 AM , iwan said...

same a... tahziah kepada baskal tuan. lepas ni leh angkat Kona lak ke.. Comencal ke.. heehehe

 
On November 12, 2008 at 5:20 PM , pete.low said...

aduiii hai, sakit hati juagak dengar cerita hang, my condolence to your bike bro.....

but the story line is kinda funny...hahah
sorry, i laugh at the text not at the lost of your bike

mata air menitis menbaca cerita yg begitu sedih....my simpati again