Borak-borak

Pengguna shoutbox ini dinasihatkan menggunakan 'Nickname' sendiri. Hormati 'Privacy' dan 'Nickname' rakan lain. Harap kerjasama.
Free chat widget @ ShoutMix Limited to 60 posts/hour.

Gejala Negatif Menular ke ROP
2:31:00 AM | Author: Admin
Puchong 31 Disember 2008 - Kebelakangan ini pelbagai gejala-gejala buruk melanda masyarakat tanpa dapat dibendung lagi. Terkini gejala budaya lepak telah menular di kalangan sebahagian anggota ROP sehingga merencatkan kegiatan kayuhan dan latihan mingguan. Lebih memburukkan keadaan, budaya itu terbawa-bawa sehingga ke negeri jiran. Menurut seorang anggota ROP yang mahu namanya dirahsiakan, kelompok yang menggelar diri mereka anggota bersekutu, sanggup memandu ke Tanjung Malim seawal pukul 4 pagi semata-mata mahu minum teh tarik di kedai mamak.

Satu lagi gejala kurang sihat iaitu 'Sindrom Rider Selipar' turut merebak di kalangan anggota ROP. Terkini beberapa insiden yang tidak diingini telah melanda salah seorang rider selipar terbabit ketika beraksi di pumptrack rasmi ROP. Diharapkan agar pihak berkuasa khususnya chief ROP dapat memberikan kesedaran kepada anggota terbabit.

- TAKBERNAMA



SIAPA TAK DATANG KALAU SIAP KENA BAYAR!!
4:21:00 PM | Author: hait_san
3:38:00 PM | Author: hait_san
ROP Training Regime: Nite Ride (Kayuh Malam)
5:49:00 PM | Author: Ms Doppleganger
Salam ROPeans,

2009 menjanjikan jamboree dan race yg hebat-2 belaka. Senarai event akan di sertakan sedikit masa lagi. Apakah persiapan soldadu ROP semua?? Masih bertakung kat Ben..?? Oh NO!!..Jom giatkan training..

Berikut adalah plan kayuhan malam utk meningkatkan stamina (cewahhhh..):

Kayuhan malam: Selasa, Rabu,Khamis ATAU Jumaat

Off road: Ahad

Aktiviti lain: Futsal/Bowling/Snooker/Swimming

Trail/Trek: Puchong-P.Height -Puchong (Selasa dan Khamis), Puchong - Bdr Puteri -Puchong (Rabu) dan Puchong - Putrajaya - Puchong (Jumaat)

Off road trail: Tmn Cabaran/FRIM/Putra Height dan macam-2 lagi.

Distance: Average of 25KM (nite ride)

Sebarang perubahan akan di updatekan lagi.

Sekian.
R.O.P & FutsaL..... ADa BRann...!!!
5:25:00 PM | Author: ezam

Aktiviti terbaru gang ROP, Futsal. Aktiviti yg lebih berfaedah selain bertakung kat Uncle Ben dan Bukit Bdr Puteri hingga ke pagi. Aktiviti ini akan diadakan seminggu atau 2 minggu sekali. Kami memerlukan respon dan sambutan dari rerakan ROP dan sesiapa aje yg berminat utk join Futsal with ROP.
Sila emailkan nama dan no telefon genggam anda ke .......

1. Ezam ----> 0195081865 (www.ezam87@gmail.com)
2.Kaymalik ---> 0192202292 (woitie@yahoo.com)

Motif Logo & T-Shirt Design
2:42:00 PM | Author: Admin
Pada yg berkenaan sila clarify bentuk design/visual yg boleh diprint pada tShirt. Design di bawah sebagai panduan. Perlukah limit kepada flat color atau terhad kepada 2-3 color sahaja? Andaian kos? Feedback rakan-rakan dialu-alukan.


4 Mengamuk di FRIM!
10:56:00 AM | Author: Admin
FRIM Sabtu 13 Disember 2008 - Sekumpulan 4 lelaki berumur lingkungan 30-45 tahun dipercayai pengamal ajaran basikal bukit telah didapati mengamuk di FRIM. Punca kejadian dipercayai kerana tidak berpuas-hati dengan pihak penganjur dari Shah Alam yg tidak muncul pada hari kayuhan yg dijadualkan. Kejadian bertambah buruk apabila sekumpulan peserta menarik diri di saat2 akhir kerana terjebak dengan kegiatan yg kurang berfaedah iaitu melepak sehingga ke pagi.

Penganjur yg cuba dihubungi media bagaimana pun enggan ditemubual. Kali terakhir beliau dikesan adalah di Taman Mas, ketika beliau (gambar bawah) menangis mahukan saddle baru!

Sehingga berita ini ditulis, beberapa kejadian telah dilaporkan berlaku di FRIM. Mereka yg hadir telah bertindak menamatkan kayuhan lebih awal dan makan lebih lama sambil berjanji akan memulaukan penganjur terbabit.

- TAKBERNAMA

Gerakkan mencari penganjur tetap diteruskan

Sehingga ke dalam hutan penganjur masih gagal dikesan!

Seorang peserta sedang mengejar seseorang yg dipercayai penganjur!
Jejak Lembu Korban?
12:31:00 PM | Author: hait_san
Ape Nie?








Balada tampal tayar : http://alimuddin.blogspot.com/2008/12/taman-mas-banting-revisited.html
Golek Seh!! Siri 2
2:43:00 PM | Author: hait_san
ish..ish... ramai pulak yang prihatin... nah dah tukaq dah...

Lokasi Taman Mas, Sepang
2:35:00 PM | Author: Admin
Pada yg berminat (jika tiada sebarang pindaan), Ahad 07.12.2008 akan bermountain bike dari Taman Mas ke Banting. Lokasi kumpul seperti peta berikut (klik utk enlarge) pada jam 8.00 pagi.

Rider Nasi Lemak di Taman Cabaran
1:49:00 PM | Author: Admin
Fakta Benar : Seorang rider berjaya menyeludup masuk 2 nasi lemak ke Taman Cabaran. Hanya 2 rider terlibat dalam pemakanan.



Berita lanjut penceroboh a.k.a pendatang tanpa izin;
Kona Fire Mountain at Taman Cabaran
Taman Cabaran (siapa suruh ceroboh?)
Putrajaya Critical Mass 28.11.2008
2:09:00 PM | Author: Admin





Video Putrajaya Critical Mass : All Mountain Bike Action : Video Putrajaya Critical Mass