Borak-borak

Pengguna shoutbox ini dinasihatkan menggunakan 'Nickname' sendiri. Hormati 'Privacy' dan 'Nickname' rakan lain. Harap kerjasama.
Free chat widget @ ShoutMix Limited to 60 posts/hour.

Gejala Negatif Menular ke ROP
2:31:00 AM | Author: Admin
Puchong 31 Disember 2008 - Kebelakangan ini pelbagai gejala-gejala buruk melanda masyarakat tanpa dapat dibendung lagi. Terkini gejala budaya lepak telah menular di kalangan sebahagian anggota ROP sehingga merencatkan kegiatan kayuhan dan latihan mingguan. Lebih memburukkan keadaan, budaya itu terbawa-bawa sehingga ke negeri jiran. Menurut seorang anggota ROP yang mahu namanya dirahsiakan, kelompok yang menggelar diri mereka anggota bersekutu, sanggup memandu ke Tanjung Malim seawal pukul 4 pagi semata-mata mahu minum teh tarik di kedai mamak.

Satu lagi gejala kurang sihat iaitu 'Sindrom Rider Selipar' turut merebak di kalangan anggota ROP. Terkini beberapa insiden yang tidak diingini telah melanda salah seorang rider selipar terbabit ketika beraksi di pumptrack rasmi ROP. Diharapkan agar pihak berkuasa khususnya chief ROP dapat memberikan kesedaran kepada anggota terbabit.

- TAKBERNAMA



|
This entry was posted on 2:31:00 AM and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

6 comments:

On December 31, 2008 at 3:36 AM , hait_san said...

power siot mamat nie... selipar jamban je tuh...

 
On December 31, 2008 at 6:34 AM , Riezal said...

melalui pengamatan aku yang tak seberapa ni.. fork pink tu.. macam beskal haitsan jer.. haha rider pun aku pasti dia.. apa2 geng ROP memang otai.. semua layan offroad pakai slipar jer memang geng slipar jamban tul hangpa ni.Apapun nice track..

 
On December 31, 2008 at 11:49 AM , Alimuddin Shahid said...

dikampung tak jadi hal, biasa org pi kebun naik beska pki selipar & pelekat... tapi bila pindah KL jadi kejutan budaya kehkehkeh

 
On December 31, 2008 at 11:59 AM , hait_san said...

Eh! orang kampung aku g surau pakai nike snickers ler... mana ada pakai slipper... huhu.. kampung korang kot.. hehee

 
On December 31, 2008 at 1:00 PM , Alimuddin Shahid said...

fuyoh org sg besar pi surau pki snickers? sure balik pinjam selipar jamban surau, kasut dah kena curik muhahaha

 
On January 1, 2009 at 1:42 AM , flatfinger said...

kot mana nak pi track ni...nak gak tolong2x ni...