Borak-borak

Pengguna shoutbox ini dinasihatkan menggunakan 'Nickname' sendiri. Hormati 'Privacy' dan 'Nickname' rakan lain. Harap kerjasama.
Free chat widget @ ShoutMix Limited to 60 posts/hour.

32 Hari Lagi!!
8:59:00 AM | Author: hait_san

KAYUHAN PUCHONG-PUTRAJAYA-PORT D***SON


Assalamualaikum & Selamat Sejahtera,


Kehadapan kekanda & adinda yang di hormati,
Tujuan warkah ini di postingkan adalah bagi memberitahu sedikit informasi berkenaan kayuhan Puchong-Putrajaya-Port D***son yang akan berlangsung pada 18 & 19 april 2009. Untuk pengetahuan pihak tuan pihak berwajib telah menempah 2 buah banglo 3 bilik yang selesa untuk penginapan anda nanti. Setelah di perkenankan oleh ketua & speaker puak R.O.P yang bersidang di bawah pokok "kotek mamak" sore semalam telah sebulat suara melaksanakan pemungutan cukai kayuhan sebanyak RM50.00 bagi setiap ahli & rakan-rakan. Wang ini akan di gunakan untuk membayar sewa banglo, membeli makanan (BBQ) dan sebagainya (jika perlu). Tidak perlu risau tentang wang anda.. risaukan kayuhan anda sahaja... Wang akan di kembalikan jika ianya terlebih..sudah. Format kayuhan ialah sehari sehala... konsep mudah mengenakan pendekatan "pergi kayuh balik tak kayuh". Bagi peserta yang masih ingin berkayuh pulang ke Puchong bolehlah meneruskannya dan bagi yang tidak mahu berkayuh bolehlah bermandi manda sampai ke petang.

Syarat penyertaan :

1- Akil Baligh
2- Mempunyai basikal sendiri (MTB di galakkan)
3- Anda tidak pernah berkayuh sejauh ini
4- Ada RM50.00 (ini penting)
5- Saja ingin berseronok
6- Anda bukan enche FIMI??
7- Tidak emosional
8- Waras
9- Tak Poyo
10- Wanita di galakkan

Pendaftaran dan bayaran masih di buka sehingga 15 april 2009.
Senarai nama peserta berdaftar setakat ini adalah seperti di bawah :

1 - Bro Enold
2 - Shah_java
3 - Kaymalik
4 - Hait_san
5 - Daoh
6 - Apai
7 - Ezam Pingu
8 - Bro Ijan
9 - Din Ice
10 - Faried
11 - Scha...doot
12 - Ika Mak Teh Lee
13 - Rudy Project (snipper)
14 - Jazry Haikal
15 - Korn (tapak hijau)
16 - Bro Am
17 -
18 -
19 -
20 -

**RM50.00 setiap rider.. termasuk penginapan & makanan sekeluarga....

euROPean dan rakan-rakan lain yang ingin join bolehlah buh nama kat comment di bawah.. ataupun hubungi seketeriat kayuhan di bawah.

Kayuhan ini hanya tertutup buat warga R.O.P dan rakan-rakan yang kami kenali. Jika anda bukan warga dan rakan kami.. tetapi berminat menyertai kayuhan ini dan mempunyai basikal MTB (mountain bike) bolehlah menghubungi 012-6662031 (Bro Enold) atau 019-2202292 (Sis K) atau 019-2667177 (shah_java) untuk temuduga.


This entry was posted on 8:59:00 AM and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

2 comments:

On March 17, 2009 at 7:46 AM , MBA said...

Salam;

Saya SUKA syarat nombor 6.
Alhamdulillah.

 
On March 17, 2009 at 2:18 PM , hait_san said...

hikhik... seriusnya...